Monday, March 30, 2009
Lapangkan Minda Jap....
Thursday, March 26, 2009
Hal-hal PERSEKOLAHANku & Cite2 Hari ni...
To all my BLOGGIE….
Korang tau tak apa perasaan aku hari ni??? Ishh… manalah tau kan kalau aku pun lom cite lagi kan???? Siang dan awal pagi tadi… aku ke epot untuk hantar chaq… but.. bukan bermakna aku yang jemput chaq dari rumah dia…. Kak Shila dan Su yang bawak… Actually Chaq ni adalah sepupu mak aku… Kiranya arwah tok aku sebelah mak tu dan mak chaq ni dua beradiklah… aku ni jatuh anak menakan pupu lah kan???.... Ok2 jer… sebelum ni pun aku tak pernahlah hantar orang pi Mekah or buat Umrah… Sapa2 yang kenal rapat dengan aku pun mesti tau aku ni jenis yang macam mana… lebih suka terperap kat umah dari pi sana sini (kononlah).. heheheh… berjalan no 1.. wakakakaka…. Lepas selesai ustaz yang handle para jemaah umrah ni bagi ucapan… sampailah sesi bersalam2an dan berpeluk2an…. Aku pun tak terkecualilah….. but…. Aku sebenarnya tak leh tengok orang menangis…. Aku pun sama gak… sedih bila tengok kasih sayang seorang nenek dengan cucu lelakinya… (ni kira antara saudara2 terdekat orang2 yang pi sama2 dengan chaq lah)… Alih2… air mata aku pun jatuh…. Huhuhuhu…. Haa.. selesailah kisah tu kan…………
Balik umah lak…. Dok diam2 dalam bilik aku… apa keje aku hari ni??? Cuci TEDDY BEAR aku…. Bersih… wangi….But.. hidung TEDDY PINKY aku tu tercabutlah…. Heheh.. nanti aku pebaik baliklah.. bagi dia kering dulu… Heheheh… masuk dalam washing machine jer pun.. kekekek…. Rajinlah kan????... Tu yang terkeluar habis tu….
Pastu aku mulalah meneliti OS (Online Search) aku yang aku sengaja buat tajuk AEROSPACE…. Tau dak pasepa aku terlintas nak buat tajuk ni…. Aku minat ker??? Taklah jugak…. Orang pompuan mana suka macam2 ni sangat kan??? Tapi.. kisahnya bermula macam ni… Satu malam tu… aku ada buat searching skit guna online databases.. (EMERALD)… aku ternampak tajuk ni… dan terbaca gak skit2 artikel pasai dia… dan at last aku saja nak try2 buat.. Lari tajuk terus dari bidang persekolahan yang aku ceburi sekarang ni.. heheheh…. Tapi bukan satu kesalahan.. sebab soalan dia pun cakap yang leh pilih any title yang kita suka.. so aku ambik jelah apa yang aku nak buat kan?? Mana salah.. heheheh…. Banyak tajuk yang terlintas dalam kepala otak.. but.. yang ni gak yang menjadi pilihan hatiku….. Tebal gak.. Macam 1 rim paper tu… Tak tau nak dapat apa pas ni.. Aku redha ja….. Keje skolah aku banyak yang tak siap.. Susah hati tu tuhan ja yang tau… huhuhu…… K lah tu ja nak cite…………
Tuesday, March 24, 2009
Secebis KASIH SAYANG... Bacalah....
Ceritanya bermula begini..............
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
“Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.
“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
“Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”
“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.
“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
“Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”
“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
“Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.”
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..
“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”
“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”
Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentukkupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”
“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”
Apalagi…aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.
“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”
“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.
“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”
Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihatkakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.”
“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
The Way Of My Life...
Terasa agak sedikit lama tak note down dalam BLOG ni… Even… banyak sangat yang berlaku, tapi lom ada masa nak cite2 apa2 dalam ni…. Baru je selesai beberapa function and some activities… But…. Still have more waiting in my WAITING LIST… hehehehe…. TIRED??? Tired jugak… Tapi, nama pun keje kan?? Tak kan lah sepanjang keje tak de langsung perkara2 yang best…. Sure ada… Even kadang2 tu lebih dari yang TAK BEST berbanding yang best….
I have many more KEJE SKOLAH yang suppose aku settle dan siapkan…. Sometimes tak sabar nak tunggu penghujung APRIL… Meaning by that time, aku maybe dah relax sikit setelah submit all the assignments… I’ll try do my BEST…. 22 March baru2 ni… birthday my MOM yang ke 51…. Aku seFAMLY celebrate awal 2 hari iaitu on 20 March.. Sebab time tu ada Ikhmal… ada Aton…. Aku time tu baru je balik dari Ipoh… Sampai umah pun dah jam 940pm… Rehat kejap… dan Aton datang jemput dah dekat kol 11pm… Nak makan apa lagi time tu.. Bawak camera… Tapi tak snap pun apa2 pic… Mata aku ngantuk giler… Lagipun Sabtu tu Ikhmal dah kena masuk skolah dia semula…. Dan 22 March tu lak Aton ke KL for PERWAKILAN UMNO… I’m not interested in POLITICIAN like her… Hehehe.. 4 beradik… but perwatakan dan minat kami memang berbeza…. Aku lebih suka dengan dunia LEBRY aku…. Lebih suka hal2 yang terlibat dengan ACADEMICIAN skit…. Even.. MALAS AMAT nak baca buku or do some research… Heheheh… But ATON lak… aku rasa.. 99% life dia is more to POLITICIAN lately ni…. EIMIEN… dengan berniaga dia… Bagi skolah pun nak jugak berniaga…. Mungkin tak suka makan gaji kot…. (aku agak FRUST skit… tapi mana boleh halang niat dan minat seseorang kan?? Apatah lagi bila depa smua dah besar…)… But… 26 April ni his CONVOCATION… Mak pegi.. But aku lom decide lagi sama ada antara aku dan aton sapa yang akan pergi…dan yang paling banyak AKAI…. Si Ikhmal ni…. Hmm… No comment on that coz.. SPM baru jer nak ambik tahun ni…. But… harap2 dia tak hampakan harapan kami seFAMLY….. Moga dia berjaya dalam SPM nanti… Tapi tengok minatnya lebih kepada engineering… and at the same time he likes to learn more about MATHEMATICS…. Dan… tak jiwang macam abang dia sangat… lebih suka BAND and rentak2 yang ganas2 yang adakalanya memeningkan kepala aku bila radio kuat dia bukak kat bilik sebelah…. Heheheh…..
Hmm… adik2 aku dah besar rupanya…. Time ayah tinggalkan kami…. Tahun 2006… Aku baru age 28, Aton 23, Eimien 18 dan Ikhmal 14…. Sekarang semua2 dah besar.. dan dapat buat keputusan sendiri….. Sebab tu aku perlu fikirkan masa depan aku lak…. Kadang2 tertanya2… apa akan jadi pada aku dalam tempoh 5 tahun lagi??? Tapi,… aku harap 10 tahun lagi aku leh HIDUP SENANG skit kot… Hahahaha (gelak yang CH suka dengar)… Nak jadi KAYAlah… Tapi tak mau lupa diri….. Dan buat MAK…. Aku tau… aku bukannya anak yang baik… Kadang2 aku pun jadi penyebab mak susah hati dan terasa hati pasal aku… But…. Dalam situasi aku sekarang ni… aku perlukan sokongan dan perlukan setiap insan terdekat dengan aku memahami aku… Thanx for lovely understanding me….. LOVE U ALL… and…. For someone special…. LOVE U TOO……
Sunday, March 22, 2009
Berhati-hati Memilih TEMAN...
Mungkin inilah yang dinamakan UJIAN….. Dan mungkin inilah jalan yang perlu aku tau dari awal lagi…. Jangan terlalu mempercayakan KAWAN…. Peristiwa petang tadi benar2 membuatkan aku hilang kepercayaan kepada sorang kawan…. Apatah lagi bila persoalan ni.. mak yang tanya.. suppose mak tanya aku dari awal2 lagi…. Ape2 pun aku tetap bersyukur.. sebab aku dapat tau dari sekarang…. Even dia sebenarnya bukan kawan baik aku.. but aku sebenarnya menghormatinya… Cuma selepas aku dapat tau cerita ni… barulah aku sedar…. Tak semua kawan kita boleh percaya… Apa2 pun… inilah satu pengajaran besar buat aku….. Mungkin di satu sudut aku salah… Tapi dia tak sepatutnya citekan semua tu sedangkan bila di depan aku dia baik jer.... hihihih….
Kadang2… inilah kelemahan aku…. Aku memang rasa dari awal lagi…. Tapi aku tak sangka semua ni akan berlaku dan benar2 berlaku…. Cuma kali ni aku akan lebih berhati2…. Kawan2…. Jangan jadi macam aku… Selalu memikirkan orang lain dulu sebelum perasaan aku sendiri…. Dan bukan semua orang berfikiran seperti aku…. Walaupun aku tau keadaan macam ni… Mungkin sebab aku terdidik macam ni.. jadi aku bawak sampai bila2…. Sampai orang buat aku macam ni…..
Niat di hati mulanya nak tanya…. Aku rasa sedih dan agak terkilan dengan tindakan dia… Cuma aku tak suka nak keruhkan keadaan… Biarlah aku simpan saja sorang2….. Aku nak bertindak sebagai seorang yang professional.. dan biarkan dia dengan dunia dia…. Hahaha… Siapakah gerangan manusia tu??? IS A GIRL…. Hanya aku dan mak yang tau… Buat mak… thanx sebab memahami….. thanx sebab menceritakan hal yang sebenar walaupun sudah agak terlewat….. Aku tak suka berdendam… Tapi, aku tetap terasa….. Pengajaran buat aku…. BERHATI-HATI MEMILIH KAWAN…. Jangan biarkan kita ditindas dan diperbodohkan….. Huhuhuhu………
Next time… cuba fikirkan perasaan sendiri jugak sebelum memikirkan orang lain…. Yang menentang dan menjaja keburukan seseorang…. Baikkah manusia itu???
Wednesday, March 18, 2009
Sekadar Luahan Rasa Hati....
Hari ni…. Ada audit dalaman… Aku yang bukan terlatih sangat ni… Cuma ada sijil je sebagai juruaudit dalaman diamanahkan untuk mengAUDIT Bahagian Pentadbiran dan Kewangan bersama2 dengan En. Hashimi…. Dalam masa yang sama… terpaksa siapkan surat dan benda2 untuk PPM… Laporan AUDIT… Keje SKOLAH yang amat TEBAL…. Aku penat sebenarnya……… Kadang2 terasa macam keadaan aku tak stabil…. Apatah lagi bila dapat tahu ura2 ada pertukaran bahagian… yang akan berlaku tak lama lagi.. heheh…. Kalau lah aku yang jadi SASARANnya… Aku redha…. Mana2 pun aku terima… Macam dululah.. sebelum dok kat bahagian MAGAZINE ni…. Aku pun macam nak menolak…. Tapi bila dapat dok di situ… Rasa sayang lak…. Itulah namanya hidup kan??? Mungkin ALLAH jugak nak menduga sejauh mana kemampuan aku…. Dalam satu masa…. Nak handle banyak perkara…. KERJAYA… STUDY… dan PERSONAL aku serta keje2 sampingan yang aku buat…
Mulanya aku ingat January bulan yang paling aku bz… Lepas January.. February aku alami perkara yang sama… dan March ni… belum ada istilah hujung minggu untuk aku beristirehat… Letih kah aku??? Huhuhuhu… Hanya aku dan kengkawan aku jer yang tau…. Sebab tu aku tak suka kalau orang bagi alasan… aku yang hidup bujang ni lebih banyak masa berbanding dengan insan2 lain yang berkeluarga…. Sekurang2nya penat orang berFAMILY dengan aku tak sama…. Orang lain boleh berkongsi dan aku simpan sorang2….. But…. Bukan aku menyesal ditakdirkan macam ni…. Aku dah lama redha… belum sampai masa aku lagi untuk hidup seperti orang lain…. Apa2 pun aku beranggapan…. Dalam kekurangan aku…. Aku tetap ada kelebihan yang mungkin ada insan lain yang mengagumi kita tanpa kita sedar.. seperti kita mengagumi orang lain…..
Sejak akhir2 ni…. Macam tak larat sangat2…. Aku cepat mengantuk… letih….. kalau dan mula rehat tu… macam malas sangat nak bangun…. Argghhhhh…. Aku terbayang2 laporan PPM yang belum selesai… Dua hari berturut2 bawak balik fail kat umah kononnya nak buat keje…. Tapi tak tersentuh… Dan esok…. I’m supposed to settle all the notes and documents for meeting… huhuhu….
This semester… macam pendek jer…. Dan next month aku akan menghadapi FINAL EXAM…. Hopefully usaha aku tak sia2 (but.. aku belum mulakan usaha aku untuk STUDY lagi)…. Aku mungkin bukan pelajar yang rajin dan terbaik serta berotak geliga… But.. I’ll do my BEST…. Tahun ni… kadang2 aku rasa tahun yang bermakna buat aku… Tahun yang terlalu menguji kesabaran aku…. Tahun yang mencabar bagi aku….. Doakan aku berjaya dengan usaha dan titik peluh aku sendiri… Aku lakukan semuanya sendiri tanpa bantuan sapa2 pun….. Jadi aku harap sesuatu yang berbaloi akan dapat aku kecapi nanti…
Hati aku BAHAGIA tak??? Aku tak de jawapan untuk tu…. Kadang2 aku tak tau… Selain family.. aku juga sayangkan seseorang…. Yang kadang2 buatkan aku menangis sebab perangai dia… Tapi pada mata aku.. dia tetap comel…. Heheheh.. even dia penah panggil aku comot pun… wakakakaka… comot pun comotlah… dan dalam masa yang sama.. aku ada anak2 kecil yang selalu temani aku….. Yang boleh aku kacao2…. Usik2… Haa… untuk tu aku memang amat bahagia…
Harapan aku…. Moga aku berjaya…. Dengan apa yang aku sedang kejar selama ni…. Moga aku kuat dan tabah hadapi semua perkara2 yang menguji kehidupan seharian aku…. Moga aku tak menyusahkan insan2 lain terutamanya insan2 yang aku sayang…. Dan paling penting…. Aku nak jadi insan yang berjaya… Boleh ker??? Hehehehehe…. K lah… nak mula buat laporan PPM….. Jangan MALAS2…..
Monday, March 16, 2009
Zahir Tak Terucap... Cewah AYAT!!!...
Salam to all bloggie.........
Hari ni.. aku mula bekerja... Meaning last day aku keje untuk minggu ni.... Keje yang masuk kol 8 dan balik kol 5.... Minggu depan.. bermula Sabtu ni... aku dah kena keje petang.. suppose sampai jumaat... tapi sebenarnya aku nak keje sampai Khamis jer.... dan dah minta En. Shah replace tugasan aku hari JUMAAT tu... Minggu ni adalah minggu yang agak bz... But hari ni... Internet problem kat ofis aku.. dari pagi tadi lagi tak leh nak on..... Kebetulan aku pakai laptop dan guna wifi neighbour sebelah ni jer haa............... Ni semua disebabkan oleh keje2 pembikinan lab kat ofis aku... lab yang dibuat kat bahagian multimedia....
Aku, Kak Dilla dan Kak Ed tolong incharge lawatan hari ni... sebab.. Kak Shila masih lagi dalam MC... Sakit mata.. Sian dia... Dari Langkawi lagi hujan.. Mujur sakanya tak menjalar kat aku yang stay sebilik dengan dia.... heheh..... Lawatan dari SMJ... Tiba2 terjumpa dengan sorang bekas guru aku masa kat skolah ASMA... Mulanya tak ingat nama dia... But aku ingat.. subject dia aku score A... Sebab aku suka cara dia ajar.... Lagpun sebab dia selalu puji aku bil time subject dia... wakakakak... kononnya pandai lah kan???.. kekekekek.... teringat zaman dulu2... Time dok nakai2 lagi... Huhuhuh... Eh tetiba jer aku tersenyum.... After settle lawatan... aku dan Kak Dilla bergegas pi PACIFIC... but... apa yang kami inginkan tak tercapai... Aku cuma habis RM1.50 jer untuk parking.. heheheh..... Oklah tu kan???? Pastu balik ofis... terus sambung shopping kat BILLION lak.... Beli air jer... huhuhuhu..... But Kak Dilla, bawak balik lagi sehelai tudung... ishhh..mewah2....
Hari yang tak tenang... Pagi2 lagi dah buat jiwa aku tak syok... Forum lak menerjah2 tak sedar diri.... kekekek.... It's ok.. tak pelah... Macam aku cakap tadi... aku tak tenang sangat... Pagi tadi sempatlah jawab 2-3 soalan dari 10 soalan kalau tak silap aku... huhuhu... MELETIHkan!!! Tak perlah... But online search still tak leh buat lagi ni... Macam mana yer??? Ada pun skit2 jer yang sempat aku print.... No mood for today.........
Hari ni awat ngantuk sangat tak tau.... Cuaca kat luar pun panas terik jer... Hari yang boring sebenarnya... dan aku lak macam malas jer nak jalan sana sini... terperap kat sini dengan tak buat apa2.... tak sabar nak balik umah... nak buat keje2 umah ni..... Rindu lak nak buat semua keje2 tu..... Aku kan... sebenarnya... huhuhu..... tak tau nak cakap apa lagi ni........ lambatnya kol 5........ lambat sungguh2.........
Sunday, March 15, 2009
Kisahku......
Pagi2 lagi gi HBAS…. Lepas tu, pi jumpe kawan jap…. Junior aku masa kat convent dulu….Pi ofis, bagi perfume yang Kak Dilla kirim… singgah KFC with AMEN… Jamu Amen makan….. dan balik umah… Dan sekarang ni… aku kembali menjengah BLOG ku untuk create sesuatu yang aku dah tinggalkan beberapa hari kebelakangan ni disebabkan terlalu bz dengan tuntutan keje….
Jumaat-Sabtu baru2 ni…. Aku ke Pulau Langkawi…. Bukan berseronok… but semua ni adalah tuntutan keje… Yang terpaksa aku buat… semampu yang boleh.. So, kalau nak tengok lebih banyak gambar2…. Leh singgah kat sini….. http://mmasreena.fotopages.com/.... Sengaja aku tak nak masukkan gambar2 kat dalam ni… sebab…. Terlalu banyak yang aku snap…. FP is better for d/loading all the pictures… So, ada masa.. ada kelapangan.. dan andainya boring2 jenguk2lah yer….
Hari ni… lepas jumpe kak dilla tadi.. dia inform cakap keje skolah aku dalam FORUM bertambah lak.. hahahah!!... Keje sekolah yang berbaki ni pun lom sempat aku jenguk2…. Ni kan plak keje skolah yang baru aku dapat…. Huh…… Penatlah macam ni…… Macam mana yer……… balik mai tadi aku jenguk2 gaklah dalam tenet… sejurus kemudian.. (mungkin sebab terkejut kot).. so aku pun jatuh pengsan 2-3 jam… Hahahah….. zzzzzzzzz…….. BLUR..
Friday, March 13, 2009
Migrasi vs Perpindahan
MIGRASI…. Meaning perpindahan….. Tadi siang… perkataan ni walaupun hanya dipaparkan pada skrin dalam auditorium… ianya benar2 menyentuh hatiku.. tiba2 ja… aku mulanya terasa macam selalu dengar perkataan ni masa skolah dulu2… rasanya time belajar SEJARAH kot… mungkin perkataan ni amat UNIK sekali….. Dan saat2 macam ni… seolah2 sebagai petanda dalam hidupku… Hehehe… (eh… laju lak dia turun)… SUDAHLAH!!!.........
Allah betul2 menduga aku…. Dan betullah.. setiap apa yang berlaku, sebagai manusia kita kena terima…. Dan untuk kali seterusnya aku redha…. Tanggal 13hb setiap bulan… aku pasti akan mengucapkan HEPI BESDAY pada diri sendiri… dan inilah hadiah buat aku….. Hadiah yang paling besar…. Yang sudah diputuskan tanpa adanya sebarang perbincangan…. Sekali lagi aku redha…. Pagi2 ni.. terpanggil aku untuk membuat KEJE SKOLAHku… Cuma paling malang… aku tak mampu buat demikian… Nak kata ngantuk… sure dah tak leh tido ni…. Huhuhu… So, dengan dok bersila atas katil ni berdepan dengan laptop ini… laju jer jari2 aku menaip dan meluahkan bait2 ayat dalam arena sepi BLOGku ni…. Heheheh…. Terbaca message dari MASYITAH komen tentang BLOGku… TQ… At least, masih ada yang menghargai…. Even aku dari 0 (zero)… tapi aku tetap belajar untuk hiaskan sesempurna mungkin…. SEMPURNAkah aku??? Kalau nak dijawab… pasti aku akan menjawab TIDAK…. Tapi…. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang…. Kalau nak sesuatu yang lebih baik… kenalah USAHA kan??? Hehehe… apa2 pun macam tu lah………….
Penat!! Macam sesak nafas pun ada….. Huhuhuhu….. Rasa macam nak jerit ucapkan TERIMA KASIH pada seseorang yang telah berjaya membuatkan aku tersedar dari lamunan aku seketika….. Rasa macam terhantuk kuat jer kepala aku ni… (tapi kan… sakit kena hantuk kepala tu lebih teruk ke dari orang yang memang ada penyakit kat kepala dia??..) Sila jawab… Hahahah!! Mai dah mereng aku ni.. Ntah apa2…. Kalaulah aku BERDIAM DIRI… bukan bermakna aku nak lari dari smua ni… Aku cuma mencari ketenangan dan cuba untuk sempurnakan niat yang diminta…….. Moga2… sama2 tenang…. Tak de gangguan…. Tak de sekatan…. Tak de halangan………. ADIOS!!!!!! Sudah!!! Pi buat KEJE SKOLAH…. Huhuhuhuhu…………
Thursday, March 12, 2009
Tiba2... Aku Macam TERSEDAR....
Today…. Ape cite yer??? Setelah terlibat dengan program2 dan function2 @ library…. Aku menjadi letih…. Next week.. banyak perkara penting lagi yang aku perlu selesaikan…. Dan KEJE SKOLAH… buat masa sekarang terpaksa aku lupakan buat seketika…. Hmmmm… Ops.. jangan mengeluh.. sebabnya.. tu lah jalan yang aku pilih… at the same time… being a professional worker at my sweetest PPAK and also my future.. dot..dot..dot….
Baru je lepas function.. kembali membuka email…. Dan lepas tu aku membaca BLOG hasil tulisanku sendiri….. Terasa macam banyak perkara sangat yang aku nak coretkan dalam ni…. But… TAK TERLUAH……. Cite pasal function…. Bermula dari majlis perasmian WACANA WARISAN KEDAH DARUL AMAN yang berlangsung malam tadi…. Dan sehinggalah ke petang ni…. Aku menjadi agak TENAT!!…. Dan dalam forum ke-4.. yang dipresent oleh student2 PHD dari USM.. aku mula dok berangan2 nak jadi macam depa… Hehehe… (tapi dalam fikiran.. terfikir jugak….. MASTER pun baru menapak… inikan pula untuk PHD)… Mungkin bidang yang dibentangkan oleh mereka2 tu bukan bidang yang aku minat…. Cuma, dari dulu lagi aku berharap agar suatu masa nanti…. Aku jugak dapat membentangkan sesuatu di hadapan.. puluhan… ratusan… ribuan… dan jutaan manusia dengan hujah2 aku.. Mampukah aku berbuat demikian?? Huhuhuhhu…. Impian… Tak salahkan kalau membina IMPIAN….. kekekekeke…… POLITIC??? I’m not interested… But… aku rasa macam aku diberikan satu anugerah yang berani untuk bercakap di hadapan orang ramai tak kira sapa2 pun mereka…. Alhamdulillah…. Thanx to ALLAH….
Teringat kata seseorang… Inginkan aku menulis sesuatu dalam majalah keluarannya sebab katanya aku selalu ada idea untuk diketengahkan… but.. aku MENOLAK.. adakah itu dinamakan MENOLAK REZEKI??? or MENOLAK TUAH??… Jawapannya BUKAN!!… TIDAK!!… Hanya sewaktu aku dioffer macam tu.. aku belum berminat dan bersedia lagi untuk bercerita dan menceburkan diri dalam bidang2 macam ni… Apatah lagi kalau keluarannya setiap minggu, bulan.. or quarter… hihihihi… (takut tak boleh bagi full commitment bila NO IDEA untuk ditulis)… Hakikatnya… aku sebenarnya kurang membaca… bukan tidak berminat.. Cuma masa tiada untuk duduk depan majalah.. suratkhbar…. dan apa2 bahan ilmiah pun sebagai sources writing aku… Dan apatah lagi dengan situasi aku sekarang sebagai seorang yang BEKERJA SAMBIL BELAJAR.. dan BERNIAGA jugak…. Heheheh… It’s my hobby…. Dan pendapatan sampingan aku sama kan????….
Esok… belum pasti lagi apa yang aku akan lalui meskipun sudah ada perancangan… dan harapan aku agar hari ini adalah lebih baik berbanding semalam…. Dan percaya pada satu perkara…. PERCAYA PADA DIRI SENDIRI…. Perlukah kita mengharapkan PENGHARGAAN dari insan2 lain seandainya insan2 itu tidak pernah cuba menghargai kita???… THINK ABOUT THAT!!…. Bagi aku… cuba bangun dari kejatuhan dan kegagalan semalam walaupun terpaksa merangkak perlahan2 dan… binalah keyakinan dan kekuatan diri dari kegagalan masa silam…. Sebab.. tak de sesiapa yang dapat membantu kita selain diri kita sendiri…. Kalau orang lain boleh berjaya… Apa kurangnya kita??? Kan??? All d best to me…. And.. to all BLOGGIE…
Tuesday, March 10, 2009
Adakalanya.. AKU....
Terbaca BLOG seseorang… tetiba air mata aku menitis… Sedih dengan perjalanan hidup dan keinsafan seseorang yang dipaparkan dalam ruangannya… Alhamdulillah… mungkin jugak BLOG aku ni tak seindah dan secantik BLOG orang lain…. Namun ianya membawa makna yang paling besar dalam konteks HOBI bagi meluahkan semua perkara tentang aku….. BEST!!....
Oh yer… gambar buah kat atas tu ialah gambar buah kundang @ star…. Sekilo RM20 tau…. Aku teringin sangat nak makan sebab kale dia cantik.. OREN… bak kata PENGARAH aku… OREN tu warna il’mu…. Kekekek… yer ker??? Ntah!! Aku pun tak tau…… So, masa perjalanan balik aku dari S/Alam tempoh hari… sempat aku membeli untuk rasa2 dan makan2… sedap gak.. heheheh……. Tapi kalau next time nak beli… not sure lagilah kot…. Wakakakaka…….
Aku terkenangkan seseorang….. sape yer???...........
Monday, March 9, 2009
My New Purse ~ GUCCI
Dapat PURSE GUCCI………. Best…. Tak sabar2 nak pakai.. so apa lagi… After settle semua hal2 yang merunsingkan kepala otakku… Aku terus menukar or memindahkan segala harta benda dalam purse lama ke purse baru… eh2… kena bayar ker?? Or free jer nih… heheh… Aku ambik buat derkkkkk jer…. Tima kaseh pun tak cakap……. Tima kaseh…… hehehehe……..
Tak nak cite lah pasal PURSE ni……. Nak cite pasal minggu aku yang akan BZ teramat bermula esok hari…… Esok ada meeting ISO kot…. Coz on 31st March ni ada SURVEILLANCE AUDIT kat ofis aku…. Maybe aku agak buzy… But tomorrow…. Ada keje2 yang perlu aku settlekan berkenaan dengan penginapan kat Langkawi on 13 dan 14 nih…. Dan jugak kena settle surat PPM untuk meeting kat IPOH Jumaat minggu sekali lagi….. Erm…. Apa lagi yer yang aku tertinggal???? Ohohohoho……. Function Rabu dan Khamis ni…… Aku lom buat script untuk MC lagi ni….. Huhuhu……. Rabu lak function malam……. Nak pakai baju apa ntah…. (harap2 jangan kena pakai baju OTROMEN TARO lagi dah ler)…….. hehehehe……………. Dan hari KHAMIS lak…. Seharian kena dok dalam auditorium…. AMIN…. Jangan dok ngulaq tau… keje leklok….
Hmmmmm………. KEJE SKOLAHku………. Lom buat lagi………. Nak kena submit on 28 hb lak……… Tapi kali ni tak post kot… Aku nak pi hantar sendiri…. Kebetulan aku akan ke KL on 27 March nanti dengan mak dan eimien… so leh pi sana terus… Pinjam keta aton jap… (tu pun kalau dia tak kedekut)… kekekekeke……… Hopefully camtu lah……… Ohhhhhh… penatnya aku bulan ni……………….. Dan kedatangan bulan depan tetap ku nanti even banyak sangat yang aku kena handle……. Paling mendebarkan………. PERIKSA BESAR………My final EXAM…… huhuhuhu…… Baca BUKU tau…… kekekek………….. Jangan jadi macam hari tu tau…….