Salam BLOGGIE....
Semasa jari jemariku menari2 dalam laptop ATON ni... jam dah menunjukkan kol 1239am... Mata agak ngantuk... But bila difikirkan luahan yang sepatutnya aku coretkan di sini, aku mula terfikir untuk wrote down something.... Hari ni hari ISNIN.... Penuh dengan aktiviti di bahagian aku.. Mungkin terdahulu sebelum ni.. aku dah agak jemu dengan kerja2 yang dah lama aku buat dan bila berubah angin plak, bukan bermakna SEMANGAT aku kuat... Cuma aku mungkin sedang meneliti keperibadianku dulu.. memperbetulkan cacat cela kerja2 seharianku... dan dalam usiaku yang sesingkat ni.. mungkinkah aku dapat sempurnakan semua ni dengan sebaik mungkin???....
Petang tadi semasa balik dari ofis, aku menangis lagi.... kali ni bukan sebab terasa hati dengan hal2 keje... but terasa betapa payahnya untuk memahamkan seorang insan yang paling aku sayang.... Apatah lagi apa yang aku dengar sudah boleh membuat aku rebah bila2 masa jer... sewaktu menaip dan sambil2 mendengar lagu BLOG aku ni... air mataku kembali menghiasi piring hatiku... (heheheh.. ayat apa ni?)... ntah.. aku pun tak tau.... tapi aku nak katakan yang aku juga ada sifat dan egoku sendiri.... aku juga nak dia memahami diriku sepertimana aku selalu cuba untuk memahami dirinya... Hahaha... Boleh ker??? Mungkin sukar rasanya.....
Hari ni, kat ofis... pagi2 lagi dah ke Kuala Kedah untuk pekena nasi dengan gulai ikan... Aku, Kak Dilla, Kak Shida, Kak Min dan Kak Long.... Cuma hanya kesilapanku lupa untuk menukar mode silent tu... punca salah faham kami bermula di situ... maaflah.. untuk kali ni.. nape hatiku terlalu keras.... mungkin sebab aku tak suka dengan kata2nya.... selalunya bila timbul hal2 macam ni.... mesti orang2 luar dipersalahkan.... Hehehe... Naper yer??? Aku sebenarnya dah terlalu dewasa untuk menjadi orang or insan yang lebih mempunyai sifat kematangan... dan bila dipertikaikan tentang kepandaian... kebodohan.... kekurangan itu ini.... aku mula terasa macam2.... salahkah aku untuk cuba menjawab bagi tujuan selesaikan semua perkara??? Kalau aku dianggap punca kepada KESALAHAN tersebut.... maaflah.... But.... andainya aku perlu pergi jauh.... tak perlulah membuang aku hidup2.... aku juga seperti insan yang lain... boleh berfikir sewajarnya.....
Malam, aku, Ina dan Pah... ke umah INAL (kenalan lamaku since sekolah convent) untuk majlis tahlil arwah ayahnya.... Ayahnya meninggal pagi tadi.... TAKZIAH UNTUK INAL.... Kena tabah dan kuat... paling penting,... jaga mak.... dan jangan tinggalkan dia sorang2.... Aku???... agak sensitive bila memikirkan hal2 macam ni... Even ayah dah tinggalkan kami hampir 3 tahun... aku masih terasa lagi saat2 tu.... Masa mula masuk je umah INAL tadi.. bersalaman dan memeluk maknya.... terus kuar perkataan ni dari mulut maknyaaa... .... “pakcik dah takde”.... terus jatuh air mataku bila aku dipeluk erat macam tu... sedangkan aku memang tak biasa dengan keluarga INAL... pendek kata kalau aku jumpe kat luar tanpa ada inal, mungkin aku tak perasan pun tu adalah emak dia... But aku masih ingat lagi... masa aku darjah 2 (age aku 8 tahun) time tu, aku kena tinggai bas skolah, dan mak dan arwah papa dia ayahnya yang hantar aku ke umah... Kuatkan ingatan aku???... Yerlah sebab since aku kecik lagi... aku mana ada keta... Cuma ada sebuah motor Honda buruk jer (lampu bulat).... yang aku masih ingat lagi platenya PV 9051..... Heheh... kuatkan ingatan aku???? Huhuhu... air mataku jatuh lagi...... Maaflah.....
Aku bertambah sedih bila ina cakap.... “Murni... hang mesti dapat rasakan macam mana inal rasa”.... Yer... dah tentu.... tambahan lak aku tinggal sebumbung dengan arwah sejak beberapa tahun lepas habis study.... dan ayah jugaklah yang selalu dan boleh dikatakan setiap hari menelefon aku time pegi dan balik keje since aku masih keje kat KL lagi... Ayah jugaklah yang selalu bertanya aku kat mana.. dah makan ke belum... dan cari duit untuk habiskan pengajian aku dalam degree kat UiTM dulu.... Aku sebak.... Dan aku dapat rasakan apa yang inal rasa.... apa yang mereka lalui aku dah lalui 3 tahun lepas.... Dan paling sedih bila aku tak dapat sempurnakan banyak perkara lagi dalam hidup.... Mungkin situasi inal agak berbeza bila dia sudah mempunyai rumahtangga dan keluarga sendiri.... bila menangis, masih ada teman di sisi untuk mendengar... masih ada insan yang akan memeluknya dan menenangkannya.... But bagi aku.... aku hanya seorang diri.. dan adakalanya menangis sendiri..... Hehehe... Bukan aku menolak kehidupan dan takdir yang termaktub dalam diri aku... Cuma adakalanya aku rasa amat bertuah sebab ada insan2 kecil yang comel2 dapat menghiburkan aku....
Buat insan itu.... MAAFlah..... Andainya perlu mengungkit2 perkara yang tak mendatangkan kebaikan... tolong benarkan aku dengan dunia aku sekejap... sebab.. aku bukan minta untuk ditatang bagai minyak yang penuh..... cukuplah memahami diriku.... but aku telah dianggap tak appreciate dengan apa yang suppose aku appreciate... sia2 saja usaha dan ketabahan aku selama ni... but... tolong biarkan aku dengan dunia aku seketika... dan perlahan2 mencari di mana kesilapan kita masing2.... seandainya ada rindu.. ada kasih.... pasti semuanya akan mancapai titik noktahnya.. dan andainya TIDAK.... Tolong benarkan aku untuk menjadi diriku yang sebenar... dan tak perlulah lagi memimpin tangan aku sekalipun aku jatuh sebab... aku dianggap tak pandai untuk menghargai semua tu..... Carilah insan yang lebih menghargai dan pandai menjaga hati..... TQ.... TQ SO MUCH......
No comments:
Post a Comment