Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 10, 2010

Bagaimana Nak Mencari MASA???...

.





.
Lately ni.... Macam ada something yang tak kena ja... Aku macam tak serajin atau sebijak dulu lagi.... Masa yang terluang seakan tak cukup lagi untuk melaksanakan pelbagai perkara yang mungkin perlu aku laksanakan mengikut due2 yang telah ditetapkan.. Macam2lah.....
.
Aku rasa... aku jenis orang yang tak suka kelam-kabut atau cepat panik dengan satu2 perkara... Kadang2 keadaan PANIK tak tentu hala tu akan mendera kepala aku tatkala banyak perkara yang perlu aku laksanakan... Dan adakalanya aku dapat rasakan sekarang ni timbul satu sikap buruk aku iaitu cuba tidak mempedulikan orang lain.. Sedangkan dulunya aku tak macam tu.. Jahat kan aku???... Mana perginya sikap aku yang dulu??? Adakalanya aku akan hanya melakukan sesuatu perkara andainya ianya berkaitan dengan aku dan seandainya tidak... aku akan biarkan macam tu jer... Tak nak ambik kisah dan tak nak ambik peduli... Mungkin sikap ini adalah biasa bagi kebanyakan orang... tapi sebenarnya amat luar biasa bagi aku....
.
Ingin masa cepat berlalu... Tapi, banyak perkara yang perlu aku selesaikan satu persatu sebelum terus2 membiarkan masa itu berlalu..... =) dan selepas itu pasti aku mampu tersenyum.... Tak sabar rasanya menunggu detik2 itu.....
.
Di saat ini, hanya satu perkara bermain2 dalam fikiran aku... iaitu ingin cepat2 menyiapkan tugasan persekolahan aku.. sementara menunggu saat2 mengakhiri semester ini... dan berputar kembali untuk melihat keputusan peperiksaan yang akan menentukan kedudukan aku semester hadapa yang sememangnya aku harapkan ianya adalah semester terakhir untuk pengajian MASTER aku...
.
Bukanlah AMAT!!.. Tetapi agak TERTEKAN dengan situasi sekarang ni hingga menjemput aku meluahkannya di dalam ini... Aku rasa.. aku tak serajin semester pertama dan kedua... Tapi aku tetap mengharapkan aku tidaklah menjadi terus2an malas sebegini... Masa masih ada andai aku gunakan sebaik mungkin untuk perisian yang baik2.... Dan aku pasti akan temui jalannya.... InsyaALLAH... Uhhh.... Kuatkanlah semangat aku yang tidak seimbang ini.... Adakalanya KUAT dan adakalanya terlalu lemah... So, macam mana??? =)

No comments: