Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 27, 2009

Beraya @ SBPIKP ~ Skolah IKHMAL.....

.
.
.
.
Dalam kol 0230pm... lepas selesai solat JUMAAT untuk hari ni, aku, mak dan aton bertolak dari umah ke skolah IKHMAL kat Changlun/BKH... Eimien tak pi sebab dah ada planning ngan kengkawan dia... So, kami bertiga je bertolak untuk jenguk2 Ikhmal kat skolah dia.... Erm... tak balik sebab exam sedang berlangsung dan paper seterusnya Isnin nanti iaitu Lukisan Kejuruteraan kot kalau tak silap.. Tanya dia tadi, tinggal 4 paper jer... Dan so far, dia cakap semuanya macam smooth kecuali paper ADD MATHS... Siap cite lagi.. ada kawan dia yang menangis sambil jawab paper tu... Hehehe... Tiba2 teringat zaman aku ambik SPM... Add Maths.... Boleh pengsan!!!... Tapi semuanya dah berlalu kan???
.
.
.
.
Aku dibawa Ikhmal jalan2 dalam kawasan skolah dia lepas dia temankan aku ke toilet... Hehehehe... Kebetulan hanya tinggal sebahagian budak SPM jer... So, tak susah sangat untuk kami berdua berlegar2 dalam kawasan tu.. Mungkin kadang2 mempunyai minat yang sama dalam hal2 ambik gambar ni... so, dia dah minta kawan dia untuk snap pic kami berdua... Kekekeke.....
.
.
.
Terasa amat sekejap masa berlalu... Ikhmal yang dulu masa aku mula2 keje... masa dia baru masuk darjah 6, selalu aku dedahkan dengan lebry.. dan sekarang dah ambik SPM... Dan ternyata lepas SPM, dia akan menghadapi dan berdepan dengan dunia yang lebih luas dan perlu menjalani kehidupan macam yang aku berdepan sekarang ni.. Moga tabah adik....
.
.
Erm.... nothing to story dah... Penat dah sesangat... Jalan je hari ni... Balik tido terus macam orang pengsan... Nak angkat kepala pun tak larat..... 3-4 hari, aku mengalami kesakitan kepala yang tidak seimbang berserta dengan batuk2 yang menyakitkan!!!.... Oklah... nanti story2 lagi....
.
.

No comments: