Wednesday, April 15, 2009

Aku SEBAK…. dan… SEDIH….


pic dalam ofis lecturer kami... macam kat ward jer....






semua ni notes nak PSIKO orang jer ni...

15 APRIL 2009 : Aku bertolak dari umah siang tadi jam 1140am… Drive sensorang dan ada jugak stop 2 kali (Sg. Perak – sekadar mengisi minyak… dan RNR Behrang untuk buang air kecil)… Nyesal jugak tak jamah nasi kat umah tadi… Tapi aku tak de selera pun.. sebab aku sakit kepala dan at the same time.. perut aku rasa segah.. tak selesa langsung… Hehehehe… Perjalanan aku pada awalnya selesa… But bila dah nak dekat2 sampai jer… aku macam berbelah bagi sama ada nak ke KL or direct ke S.Alam… Aku bergegas dan sebenarnya… tujuan utama untuk singgah2 kat KL dulu.. Seperti yang aku plan sebelum ni.. But… bukan rezeki aku….


Kebetulannya, nama untuk bilik ni bukan didaftarkan atas nama aku so aku ingat leh lah sampai lewat skit… Ape2 pun… bila jam hampir menunjukkan kol 4pm aku terus buat keputusan untuk direct ke PUNCAK PERDANA… Lepas masuk h/way Guthrie, aku terus on kan NAVIGATOR… Niat di hati nak tahu jalan mana yang dia nak bawak aku sampai ke PUNCAK PERDANA ni… Dan akhirnya, aku kuar jugak ikut laluan yang aku belum pernah sampai lagi… (Saved tol RM1.40).. But bila guna laluan kuar ni… banyak keta.. tak macam laluan ikut h/way yang aku selalu guna.. It’s ok.. aku dapat belajar sesuatu yang baru hari ni….
dalam lebry PUNCAK PERDANA ni...

After selesai urusan kolej… aku terus mengangkat apa2 keperluan seadanya untuk naik ke bilik.. time tu aku sorang jer… Lepas call inform mak yang aku dah sampai, aku pun ambik masa untuk rest2 kejap…. Nak kata penat, tak lah sangat… Macam biasa jer…. Cuma hati aku rasa sebak sebab tetiba jer aku jadi seorang yang amat terasa…. Air mata aku laju dan terus laju… Mati mood aku untuk tido…. Aku terus melayan perasaan aku.. konon2nya nak jadikan aku sedikit KUAT sebelum memulakan STUDY aku….. Maaf… aku dah tak mampu untuk bercakap apa2 petang ni…. Aku jadi sedih.. sebak… dan rasa dipinggirkan…..
cik FARAH...

Hmm… aku tak ke mana2… aku cuma terperap dalam bilik menanti kedatangan 3 lagi kawan2 yang sekelas dengan aku… Petang tadi, sesampainya aku kat sini… memang rasa agak lapar… mujur kak shima menawarkan diri untuk belikan aku nasi… Thanx to Kak Shima…..

hehehe... pen ni sponsored by KAK SHIMA...
jangan dok guna lebih lak...
TQ kak shima...

Aku mencari2 sudut yang ada WIFI… But sad to say… ada line but tak de connection…. Hmmmm…. Pasti aku akan jadi bosan sepanjang beberapa hari kat sini…. Huhuhuhu. Sedihnya…. Tak perlah… Ingatkan bila dok tingkat bawah ni… ada wifi… but… hanginnnnnnnn… heheheh… Aku mulalah teringatkan suasana kamarku kat umah… Rindunyaaaaa… Baru jer sampai sini… aku dah teringatkan umah…. Kalau ada internet.. aku tak lah sebosan macam ni….. Kembali memutarkan apa2 jer lagu yang ada dalam laptop ni…. Mendengar dan terus memikirkan nasib aku… Tetiba… air mataku jatuh lagi… Hmmm.. nasib aku… Kan???………..

No comments: