Monday, April 6, 2009

Sakit Tekaklah.....




Hari ni aku agak rajin settlekan keje2 ofis aku… Walaupun hajat tak kesampaian nak sampai ke ofis awal skit hari ni.. time aku sampai, angka jam dah menunjukkan 803am.. lewat lagi.. huhuhu…. Sorry doc…. Lewat lagi…. Kes nak kuar dari umah sesak… parking kiri, kanan dan depan… muat2 untuk keta aku kuar jer.. huhuhuh… Bukan nak bagi alasan.. selalu macam ni.. tambah umah besar2 sampai space nak park keta pun tak de…. Tu lah masalahnyer…. Nak cakap kat orang pun tak leh jugak sebab kat umah aku pun ada 3 buah keta… Dan Eimien terpaksa mengalah… parking kat Padang Insaniah (yang kini nama ditukar kepada KUIN)…..

Pagi2 lagi dah ada taklimat for ICC (KMK), ISO dan statistic nak susun buku… Yang diberikan oleh Kak Ed, Abah dan sesekali Kak Dilla mencelah for ISO… Then after taklimat, jam 9am… bergegas keluar dari ofis untuk mencari makanan isian perut di pagi hari…. Heheheh… Malam tadi aku tak makan pun…. Last makan time kol 3 after sampai dari S/Alam…. Pastu lupa semua sebab tekak sakit sangat2…. Kengkawan aku ada gak tengok2 macam tudung Ekin tu… but ada orang cakap yang aku ni COMOTS lak pakai tudung macam tu.. hehehe.. so, malaslah nak ceburkan diri lagi dalam hal2 macam ni….

Mulanya pagi ni ingat macam malas nak mai keja dah… Tapi bila memikirkan aku akan mengambil cuti pada penghujung minggu depan selama beberapa hari, so aku gagahkan diri jugak… Nak clear2kan keje2 yang mana patut… sebab Mei nanti kemungkinan besar aku akan dipindahkan ke bahagian lain… Selamat Tinggal MHP (andainya ini benar2 berlaku.. aku kena redhalah)… before ni pun aku stay kat banyak department… Mulanya dok kat HQ… pastu pindah ke JITRA, pastu ke bahagian HR & Gerakan Literasi, pastu ke Bahagian Media…. Dan sekarang dok kat Bahagian Majalah, Hadiah dan Pertukaran (MHP)…. Dengar ura2… katanya akan ada 3 orang officer yang akan di rotationkan departmentnya…. Cuma masa aku dok kat MHP ni lah antara bahagian yang paling lama…. Genap 3 tahun… Huhuhu… sedih gaklah… bukan sebab apa… sebab aku suka dan rasa selesa ruangan sempit ni…. But… apa2 pun aku terima dengan hati terbuka…. Mana2 pun tetap sama… Aku still kena buat keje2 yang lebih kurang sama gak…. Buat surat.. jadi typist… jadi MC yang tak berkaliber.. Cuma BERKAKILEBAR jer… macam2 tu lah keje aku selagi aku keje kat LEBRY ni… Tapi… sebenarnya… aku sedih… Bukan sebab apa… sebab sekarang ni aku tengah nak completekan study aku… Mana dengan tanggungjawab aku sebagai SETIAUSAHA PPM KUMPULAN UTARA lagi, BENDAHARI BAKEB lagi…. Sempat ke aku buat semua tu??? Hmmm… tak baik mengeluhkan?? Tapi pada siapa yang aku nak mengadu ni….. Nak tak nak, aku kena terima dengan hati yang terbuka…… Tak pelah…… DUGAAN dan CABARAN buat aku sebenarnya kan???

Time aku wrote down dalam BLOG ni.. time rehat… tak kuar mana2 pun… Dalam tempoh 2 weeks ni nak QUARANTINE kan diriku kejap… Sebab aku perlu clear2kan mana2 yang patut… Kalau dah settle semua2 ni.. dah tentu aku akan rasa selesa skit kan??? Hehehehe… (Cuma memujuk hatiku jer nih)….. Dah lama aku tak buat perkara2 yang aku suka… Meaning keje dalam keadaan ikut peredaran jer aku ni.. Enjoy tu taklah sangat…. Dok kat dept ni aku banyak menyendiri dari melepak kat tempat kengkawan yang lain… Sebab dulu kena proses magazine… sampailah kena tegur dengan my pengarah yang aku tak suppose buat keje2 macam tu… But, I have tooo… tak nak bagi ada bebanan pada my department… but so far, semakin smooth department aku ni.. dapat berita macam ni lak.. sedih gak…… Sedangkan dulu masa dok kat media, aku dengar kena pindahkan ke sini… balik aku menangis2 kat arwah ayah yang aku tak nak dok bahagian MHP ni… Ayah yang pujuk cakap mana2 keje pun sama… Kalau kita terima dan belajar slow2.. lama2 kita jadi sayang dan sukalah… hehehe.. betul cakap arwah ayah tu…. Huhuhuhu… Nak menitis lak air mata aku…. Kalau boleh nak bagitau kat ayah yang sekarang ni aku tak de masa sangat2… haru biru hidup aku… kekekek… Mesti ayah pun tau………….

Tak pelah… whatever… kena teruskan jugak kan.. just prepared…. Maybe after end of this month, aku taklah kelam kabut sangat sebab dah cuti untuk study aku.. just tunggu next sem yang dalam jangkaan bulan 7 kot…. Dan insyaallah…. Penghujung Sept nanti aku akan ke SABAH plak for PERTANDINGAN ICC… Mulanya cakap bulan 11 tapi tetiba masa taklimat tadi awal plak jadinya……… FINAL EXAM is coming……. Mailah cepat2 skit… sakit tulang belakang aku… pinggang aku… kepala aku…. Mata pedih… badan lengoh2…. dok buat keje siang malam tak henti2…. Kekekekeke…. Ishhh… terbayang2 jer assignment aku yang belum tersentuh ni… huhuhu… ngeri pun ada……………………….

1 comment:

AppleCrux said...

Hi Murni, tak sure ingat lagi ke tak, ni Ida Zuraida, sekolah convent dulu.