Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 9, 2009

JOHAN KMK Peringkat Negeri Kedah Darul Aman....

nampak macam pelik jer.... Bila menggayakan tudung hajaba ni.... Tapi, jeneh samaaaa.... hahahaha..... Yang paling penting, office sponsor..... Tak mahal.... Janji VOGUE kan????



ALHAMDULILLAH......

Akhirnya, pada 6 Julai 2009 (Isnin)....... Kami.... dari Kumpulan D'BACA @ PPAK.... Telah memenangi dan meletakkan nama kumpulan kami sebagai JOHAN bagi Peringkat Negeri Kedah untuk konvensyen KMK kali ni.... Sebanyak 9 kumpulan telah berentap... Terdiri daripada 5 Kumpulan Pengurusan dan 4 lagi dari Kumpulan Teknikal......... Adakah kami telah menjangkakan KEMENANGAN??? Kekekek... Cewah... (bunyi ayat macam bongkak jer).... Rasa2nya macam yakin skit kot.... Sebab last year dapat NAIB JOHAN bila telah dikalahkan oleh PSM, Wisma Darul Aman....

So, kami akan bertanding di Peringkat Kebangsaan plak pada bulan NOVEMBER nanti... Insyaallah....... Doakan kejayaan kami..... Oh yer... Presenter kali ni ialah... Aku (Suara 1), En. Shah (Suara 2) dan Kak Shila (Suara 3)..... Tapi, mungkin kami tak menyumbang apa2 pun... Yang perlu diberikan pengiktirafan ialah... Kak Ed dan Nang.... TAHNIAH buat smuaaaa....

No comments: