Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 2, 2010

MENANGIS Itu Perlu.....

.
Ku akui... TANGISAN itu adakalanya... PERLU....
.
Sejak 3-4 hari kebelakangan ni, aku cuba menjalani hidup seperti biasa... Menjadikan diri aku dalam kekalutan dan cuba sembunyikan perasaan hati aku... Cuba memujuk hati yang rasanya dah lama tak pernah merajuk... Cuma menenangkan fikiran aku seadanya dan yang termampu aku lakukan.... Tapi petang ini, terlerai jugak butiran air mata ini... Laju dan berderai2..... Hati aku amat sayu... sakit.... terutamanya bila semua ini berlaku dalam hidup aku.... Habis terbang semua yang berdekatan dan sempat aku capai... Itukah aku??? Aku kah itu??? Pelik!!! Tapi memang itulah aku sekarang......
.
Tatkala menaip ayat2 dalam ni.... aku menangis lagi..... Tak sepatutnya aku luahkan dalam ni... Tapi hanya ini ja tempat yang aku ada... hanya dalam ruangan ini sajalah tempat aku nak luahkan semuanya... dan esok... aku pasti bangun lebih berkeyakinan setelah aku sedar di mana bumi aku berpijak... setelah aku yakini mana intan dan permata... dan setelah aku tau inilah TAKDIR dan KETENTUAN hidup aku..... Yang dari awalnya lagi aku dah tau... tapi aku selalu ketepikan hal macam ni...
.
Membaca coretan """ bila dia menangis dalam keta mengenangkan nasib dirinya... mengimbas kembali saat2 aku dalam keadaan dan situasi macam dia.... Yang pernah aku lalui sebelum dia rasa kesakitan itu.... Tapi kini, hanya dunia dan ruangan bilik ini yang menjadi saksi segalanya... Patutlah... Patutlah aku jadi macam ni.... Sebab dunia dan impian aku bukan hanya setakat itu.... Aku akan terus melangkah jauh sekalipun jatuh tersungkur berkali2.. Biar 1 dunia ketawakan kebodohan aku... Tapi aku akan teruskan langkah itu....
.
Aku diuji lagi rupanya.... Sekalipun air mata ini adalah saksi, aku tetap akan jalani hidup seperti seadanya.... Terima kasih untuk semuanya.... Terima kasih atas segalanya... Dan aku telah REDHA..... REDHA seadanya aku sebelum wujudnya dia......
.
Aku akan pergi tanpa perlu dihalau.... Kerana aku bukan sapa2 untuk sesiapa... Aku adalah aku.... Bukan orang lain............ Moga aku terus TABAH... InsyaALLAH.. Dan untuk semua bait2 ayat di penghujung tadi... aku akan simpan.... sampai bila2... mungkin jugak sampai akhir hayat aku..... =)
.

1 comment:

Hanim said...

sabar Murni..mungkin ada hikmah disebalik semua ini..saya pun pernah alami apa yang awak alami..mungkin lagi teruk dari awak..sabar k..life must go on...