Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 13, 2009

Agak MERAJUK & Terasa HATI.....

.
Sejak kebelakangan ini... HATI ni mudah terusik dengan percakapan kasar orang.... Kata2 yang adakalanya bila aku cuba bergurau.... menjadikan sesuatu yang dijawab balik dengan kekasaran... Naper yer??? Sebab orang itu penat??? Letih?? Banyak keje?? atau orang2 yang BZ memang macam tu agaknya??.... Hahahahah.... TERASAnya HATIku..... Dan bila terasa hati dan tersentuh macam ni... maka UJAN mudah sangat turun..... Menangis lagi...... But aku sebenarnya amat benci dan mual dengan sikap aku macam ni...... Betapa lemahnya aku kan??? Betapa tak KUATnya aku kan???....
.

.
Cakap tentang hal BZ... Aku ni tak BZ ker??? Ada tak orang penah cuba faham tentang perasaan aku??? Kesempitan aku??? Kesesakan aku?? Keresahan aku??? Atau orang tu cuma fikirkan aku banyak mempunyai sesuatu yang aku perlu jelaskan padanya membuatkan dia boleh bercakap apa saja yang dia suka walaupun umur aku jauh lebih tua darinya??? Perlu ke bercakap kasar macam tu atau aku perlu faham kesibukan dirinya??? Hahahaha... Aku tergelak dalam tangisan.... :'( Sebab apa yer??? Sebab RODA itu bulat kan??? Dan sekarang ni dia berada di ATAS dan aku di BAWAH.. di mana tar dan jalan2 yang diturap daripada batu itu betul2 menyakitkan aku... Aku sedeyyyy... Tersangat SEDEY......
.

.
Teruknya aku mencoretkan kata2 ni dalam BLOG yang seringkali menjadi penghubung antara hati dan segalanya pada aku.. fikiran dan ulasan2 halus dan tulus hatiku... SEDEY.... Aku sebak.... Oh yer... TAKZIAH pada keluarga Ustaz ASRI (RABBANI)... Masa melewati BLOGnya petang tadi... Hatiku terdetik.... Kalau suatu hari nanti... Aku ditakdirkan PERGI TAK KEMBALI.... Mungkinkah orang lain pun akan melihat setiap coretanku di dalam ni dan membaca apa yang tercetus dalam kotak hati dan fikiranku sepanjang aku masih bernafas???... Time tu ada tak orang akan merindui aku dan mengenang aku sambil mengesat air mata dengan mengenangkan sikap aku yang kadang2 mungkin membuat orang akan rindu.. dan mungkin jugak ada yang akan mencemuh dengan penuh KEBENCIAN... Ada ker macam tu????.....
.

.
MAAF... Hati ini... amat terasa... Bila mula bergurau dan dijawab dengan penuh kekasaran.... Tanpa ada rasa HORMAT... Tanpa ada penilaian mengikut naluri "kekeluargaan"... Hahahaha... Dah lama aku rasakan semua ni... Aku agak SEDEY....... Ya ALLAH... Apa yang aku celotehkan dalam ni??? Apa yang aku cetuskan dalam ni... Cuma aku pun manusia... Kalau dia rasa dia BZ... Aku lebih lagi... Dengan keje aku yang perlu manage diri sendiri... manage orang.... dengan STUDY aku yang semakin hari semakin membelenggu aku.... Dengan kekurangan yang sejak kebelakangan ini melingkari kehidupan aku.... Tapi pernah tak dia tahu?? Sebab dia rasa... dia amat BZ kan???.... Dia tak pernah cuba untuk tahu kan???......
.

.
Cubalah memahami perasaan orang lain... Cubalah mengerti dan menghormati orang lain.. dan paling penting.... Cubalah untuk berfikir sebelum bercakap... Kita semakin DEWASA... Kadang2 akan menyesal dengan apa yang kita pertuturkan..... Terutamanya bila insan itu sudah pergi selama2nya meninggalkan kita.... Walaupun pandangan kita terlalu rendah padanya.... Tetapi mesti ada sesuatu yang pernah dia korbankan untuk kita cuma kita tak pernah sedar tentang itu kan???... Sebab aku jugak MANUSIA.... Dan RODA itu tidak semestinya tidak akan berpusing apabila setiap kali kenderaan itu di "PARKING".... Kadang2 ia bergerak sendiri tanpa kita duga... MasyaALLAH.....
.

.
Memang... aku bukan PERFECT... Aku jugak bukan baik.... Aku memang sedar... Tapi.... kita semua ingin menjadi BAIK dan PERFECT kan......????..... Simpatilah pada HATI manusia2 lain... Kerana dia juga seperti kita... Adakalanya kalau HATI kita disakiti apa perasaan kita???..... Cubalah... Menjadi pendengar yang baik... dan menjadi agak TAK MELENTING bila bercakap.... Sebab KESABARAN orang tak sama levelnya....
.

.
Kalaulah suatu hari nanti aku tak de lagi di sini... Mungkin dia akan terfikir apa yang aku coretkan di sini.. Dan pastinya dia akan terfikir betapa aku SAYANGkan dirinya walaupun aku tak nyatakannya.... Maaf... Sekadar coretan.... Sebab kesusahan aku.... tidak pernah aku nyatakan padanya.... Yang dia tahu... Hanyalah pandangan LUARAN saja... Sebab aku memang macam ni... Selalu memikirkan dan mengutamakan diri orang2 yang aku sayang sebelum memikirkan diri aku sendiri... Tapi.. dia tak tahu kan??? Hmmm... dia tak pernah tahu... Sebab dia tak pernah cuba mendekati aku.....
.

.
Sekali lagi... MAAFKAN aku sebab meluahkan segalanya di sini.................... Maafkan aku... sebab hanya inilah pentas CORETAN yang paling akrab dan sentiasa ada bila aku memerlukannya.....

No comments: